Sejak penubuhan PSK Bekas Polis tahun 2013, kami bertanggungjawab melaksanakan pelbagai aktiviti dan majlis yang menjalin hubungan diantara masyarakat tanpa mengira kaum dan bangsa. PSK Bekas Polis juga menjalin kerjasama antara PDRM dan masyarakat bagi mengenalpasti dan menangani pelbagai masalah dengan berkesan kes-kes jenayah dan sosial. Ini adalah salah satu langkah awal untuk mendampingi masyarakat secara dekat bagi memberikan keyakinan tentang kehadiran pihak PSK Bekas Polis untuk membangunankan lagi aktiviti PSK Bekas Polis.
Selain itu, PSK Bekas Polis sentiasa mengambil berat akan kebajikan dan keperluan anggota yang bersara, terlantar akibat penyakit yang sukar diubati, terlibat dalam kemalangan dengan melawat dan berhasrat untuk mengumpulkan dana daripada ahli-ahli kehormat persatuan, penderma-penderma yang budiman yang tampil ke hadapan untuk memberikan sokongan dan kerjasama kepada mereka. Setiap sumbangan yang diterima oleh pihak PSK Bekas Polis, akan mendapat pengesahan penerimaan dengan memberikan resit rasmi yang layak mendapat pengecualian cukai pendapatan LHDN.
Semua pegawai bertugas kami adalah sentiasa bertanggungjawab ke atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dan sekiranya Tuan/Puan tidak memenuhi kehendak atau servis perkhidmatan yang memuaskan sila hubungi saya. Sebagai Presiden persatuan ini, banyaklah usaha saya untuk mendirikan persatuan ini dengan satu sistem yang terbaik dan bersedia memberikan bantuan kepada warga emas yang memerlukan sumbangan dari pihal PSK Bekas Polis.
Sebagai tanda terima kasih dari pihak PSK Bekas Polis, kami sediakan pelbagai aktiviti kemudahan bagi khas buat Ahli-ahli Persatuan kami untuk menikmati dan menggunakan kemudahan yang dikategorikan dibawah program keahlian PSK Bekas Polis. Keahlian ini hanya diberikan kepada individu yang berjasa dan memberikan bantuan kebajikan kepada persatuan PSK Bekas Polis dan mereka dikenali sebagai ‘Ahli Kehormat PSK Bekas Polis ‘. Harapan kami adalah untuk menjaga kepentingan golongan bekas-bekas Polis dan keluarga tersayang. Perjuangan kami bersama sokongan pelbagai unit kerajaan dan anggota polis serta tentera memang memberikan tanggungjawab kepada kami untuk terus berusaha dan mewujudkan laman portal kami sebagai satu portal yang penting untuk rakyat memperolehi maklumat-maklumat penting dan berhubung kami apabila memerlukan bantuan.
Sebagai seorang bekas anggota Polis, saranan saya kepada masyarakat iaitu’ Berilah kepercayaan serta sokongan moral kepada PSK Bekas Polis dan pihak Polis untuk berkerja dengan lebih kuat walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan tomahan’.
Saya dengan ini juga ingin memaklumkan kepada semua ahli-ahli Persatuan PSK Bekas Polis untuk menggunakan sistem keahlian PSK Bekas Polis ini dengan keadah yang betul dan tidak sama sekali menyalahgunakan kad keahlian ini. PSK Bekas Polis tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kes atau masalah yang berkaitan salah guna kuasa atau menyamar sebagai anggota Polis.